Make your own free website on Tripod.com

Date: Thu, 9 Jan 1997 13:48:37 +0800
From: s94haila@fsktm.um.edu.my
Subject: HNET* Wasiat Hassan Al Banna
         *---------------------------------------------------------*
         [ DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ]
         [~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~]
         [~~ C* ~|   Ke Arah Membina Ummah BerIlmu Dan BerMaklumat ]
         [~ / \ ~|               HIZBI - NET                       ]
         [~(___)~|            Hnet@po.cwru.edu                     ]
         *---------------------------------------------------------*

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
 C                           
/~\          C               
| |        /   \
| |      /       \     
| |  /               \
| |    MMMMMMMMMMMM
| |    MMMMMMMMMMMM

"BERJUANGLAH KERANA ALLAH DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH SEKALIPUN TULANG-TULANG BERKECAI DAN KITA GUGUR TERKORBAN BERTINDIH BANGKAI - BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA" PERUTUSAN HASSAN AL BANNA KEPADA PARA MUJAHIDIN DI DALAM IKHWAN MUSLIMIN.

1.Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.

2. Bahagia dan sa'adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban , kuat menahan penderitaan dan kepapaan .

4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mu'min yang mendekatkan dirinya kepada Allah.

5. Tegakkan dengan keyakinan dan perjuangan , kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.

6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama

PASPASPASPASPASPASPASPASPSAPASPASPASPASPASPASPASPASPASPSASPASPASPASPSAPSPASPAPAP

*Sepuluh Wasiat*

BACALAH-RENUNGLAH - KEMUDIAN TERUS BERAMAL

1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Baca Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalan Bahasa Arab yang betul

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umatt yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendakki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring suatu resmi sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan

9. Berkenal-kenallah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara temui sekalipun ia tidak meminta berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah berkasih sayang dan berkenal-kenalan

10. Kewajipan kita lebih banyak dari masa, tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

SEMOGA AKHWAT SEKALIAN MENDAPAT IKHTIBAR DARI WASIAT INI.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
Kiriman
Mujahidah UM
Johor Darul Takzim
Pengirim: s94haila@fsktm.um.edu.my (Hanini Suhaila bte Hamsan @ Kamisan)